Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak

Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis sarawak dan cara memasak kek lapis sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek lapis sarawak disini.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 1

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 2

Ibu saya menggunakan resepi ini dan dipelbagaikan corak dan lapisan mengikut kesukaan... Boleh digunakan untuk membuat kek lapis gulung dan juga yang lapis biasa sahaja. Resepi asasnya adalah seperti di bawah :

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara membuat :

1. Telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. Adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 3
Adunan yang dibahagikan dua dan diwarnakan.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 4
Proses membakar - guna api atas.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 5
Lapisan atas yg dah kuning.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 6
Tambahkan lapisan baru - 5 sudu utk satu lapisan (ikut besar loyang dan ketebalan yg disukai)

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 7
Proses meratakan adunan.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 8
Dah rata, bakar lagi. Proses diulang sehingga adunan habis.

Resepi Dan Cara Membuat Kek Lapis Sarawak 9
Ada 14 lapisan semua. Yg hitam2 tu adalah buah prune yg dipotong kecil.

Source and citation:
http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2011/10/kek-lapis-sarawak.html

Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat kek lapis masam manis
Resepi dan cara membuat kek lapis pelangi
Resepi dan cara membuat kek coklat
Resepi dan cara membuat kek pisang
Resepi dan cara membuat cup cake

Komen anda dialu-alukan

No comments:

Post a Comment